Thursday, June 30, 2011

suratan atau kebetulan.

hmm begitu sukar untuk memujuk diri dengan sesuatu ketentuan. ya ia sesuatu yang harus dilakukan tapi ia sukar untuk dilaksanakan jika hati tidak merelakan. ngee. telah diperkatakan ketingggian iman itu ialah sabar dengan hukum Allah dan rela dengan takdir Allah. tapi mengapa masih tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Bukankah itu sudah suratan dariNya. Mahu menentang? Fikirkanlah sendiri siapalah kita. terasa seksa bila hari ini kita menganggap bahawa kita telah diuji dengan sebesar-besar cubaan dariNya, apakah kita tidak terfikir bahawa lebih ramai lagi manusia lain yang mengalami seperti apa yang kita rasa. haih sedarlah kita bukannya hidup seorang diri. ramai yang diuji cuma perlu kuat kan diri menempuh segala yang diberi. sabarlah duhai hati, bangkitlah wahai diri, suratan atau kebetulan pilihan harus ditentukan. HUHU! apa yang pasti, benda yang berlaku pasti bersebab allah tidak akan melakukan sesuatu yang sia sia. hmm, perkuatkan diri untuk menempuhi segala yang dijanji. tiada sesiapa yang boleh membantu diri sendiri kalau bukan kita sendiri. hmm. tak pasti mengapa tapi lagu ini sesuatu yang begitu penting pada suatu ketika dulu. HUHU! layann jap jum :)


end.

No comments:

Post a Comment