Saturday, June 18, 2011

hari bapa sedunia!

Assalammualaikum! hello to bapak, daddy, papa, ayah, abbi, walid and father!

first of all, i would love to wish all father out there happy father's day! without you guys we wouldn't exist in this world! ty ty ty ty soooo much :) alright! i don't know why but it seems to me that hari ibu lebih meriah berbanding hari bapa. perasan tak??! HUHU! erm it probably because we only well awared about mother's love rather than fathers. ye la bapak selalunya sentiase appear tough, garang, tegas rather than mak yang sentiase kelihatan penyayang, cool, memahami, dan mudah untuk bertolak ansur. right? yes i know tak semua begitu ada yang mak bersikap tegas, garang dan bapa bersikap sebaliknya but mostly yang kita ketahui memang begitu. kita sering menelefon ke rumah apabila berjauhan dari parents bukan? perasan tak everytime bapa yang mengangkat telefon kte mesti akan berkata 'assalamualaikum bapak! mak ada? nak cakap dengan mak jap!'. i am very sure that situation seperti ini sentiasa berlaku kepada kita. HAHA! (sebab haku pun buat gak ceni.huhu!) 

i mean we always make mum as our priority compare to dad. even ada problem pun we prefer to talk or bincang dengan mak. yela mungkin mum always be a good listener while dad always be a good talker. it always been easier to talk to mum compared to dad. tapi bila fikir balik tak ke kita macam berat sebelah? the one who we always missing bila berjauhan mesti mak bapak pasti menjadi number 2. HUHU! but the truth is no matter how we ignore the fact that sometimes the situation not always seems like what we see. although dad were tough on us but actually dad love us as much as mum do.  yes a father want his children to be perfect (cannot do this cannot do that), to be good at everything and perhaps he ask for something that he could be proud of one day which is abit more hard to achieve and eventually menjadikan kita stress. 

tapi cuba kita fikir seketika andai katalah dulu dia tak menyuruh kita buat sesuatu yang baik dengan tegas, adakah kita akan melakukannya? confirm ahh tak kan? contoh bapak suh belajar if tak belajar kena rotan confirm kita belajar tapi kalau dia buat donno je kompem kita lagi la buat tak tahu and end up jadi penyangak la jawabnya. betul ak? mungkin nampak mereka lebih bekeras berbanding mak tapi sebenarnya dia nak yang terbaik untuk kita. cuma mungkin kita time tu tak faham apa yang dia cuba lakukan sebab kita tak da dalam situasi dia. (ye la time tu pun kita pk nak main je. mane nak faham. HUHU!) haa jum kita baca article yang menghayat hati nurani kat bawah nie jum mungkin after this kita faham apa yang kurang kita faham selama ni. HUHU!


kebiasaannya anak-anak yg berjauhan dari orang tuanya pasti akan merindu mama mereka.

tetapi bagimana dengan ayah?

Mungkin kerana mama lebih sering menanyakan keadaan anaknya setiap hari .tapi taukah kamu jika ayahmu yg mengingatkannya untuk menelifonmu?

Mungkin mama yang sering mengajak kamu untuk bercerita, tetapi taukah kamu sepulangnya dia dari bekerja dgn wajah letih dia selalu menanyakan khabarmu dari mama mu?

waktu kecil..

ayah mengajari puteri kecilnya bermain basikal. Setelah dia merasakan kamu boleh dia melepaskan roda bantuan dari basikal kamu, saat itu mama menutup mata sambil berdoa akan keselamatan puteri kecilnya kerana takut terjatuh lalu terluka. tetapi ayah dengan yakin menatapmu mengayuh basikal dengan perlahan kerana dia tahu puteri kecilnya pasti boleh melakukannya. Saat kamu menangis meronta meminta mainan yang baru, mama menatapmu hiba, tetapi ayah mengatakan dengan tegas "kita beli nanti, tapi tidak sekarang" kerana dia tidak ingin kamu menjadi manja dengan semua tuntutan yang selalu di penuhinya.

ketika kamu remaja

kamu mula meminta kebenaran untuk keluar malam. Lalu ayah mula bersikap lebih tegas ketika mengatakan "tidak". itu kerana mahu menjagamu kerana kamu adalah sesuatu yg terlalu berharga buatnya. Lalu kamu masuk ke bilik sambil menutup pintu dengan kuat untuk menunjukkan bahawa kamu protes dengan keputusannya. Tapi yang datang mengetuk pintu dan memmujuk mu adalah mama. Taukah kamu saat itu dia memejamkan matanya dan menahan diri kerana dia sangat ingin mengikuti keinginanmu akan tetapi dia harus menjagamu.

saat kamu mempunyai teman lelaki yang sering datang mencarimu, ayah akan memasang wajah paling cool didunia. Dan sesekali cuba mendengar atau mengintip saat kamu sedang berdua di ruang tamu. Tahukah kamu dia merasa cemburu?

dan saat dia melonggarkan sedikit peraturan kamu mula melanggar peraturan malamnya. dia duduk di ruang tamu menunggu mu pulang dengan sangat risau. Wajah risau itu mengeras ketika melihat puteri kecilnya pulang terlalu lewat. Dia marah kerana saat yang dikhuatirinya akhirnya datang "puteri kecilnya sudah tiada lagi."

saat ayah sedikit memaksamu utk menjadi seorang doktor. Ketahuilah bahawa ia hanya memikirkan masa depanmu nanti. Tetapi dia tetap tersenyum saat pilihanmu adalah menjadi seorang penulis.

sampai saat ayah harus melepasmu ke universiti. Bahkan badannya terlalu kaku utk memelukmu. Ia hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini-itu. Dia ingin menangis seperti mama yg menangis dan memelukmu erat. Tp dia hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk bahumu dengan berkata "jaga diri baik2". Agar kamu kuat untuk pergi.

saat kamu perlukan wang untuk membiayai yuran semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan dahinya adalah ayah. Beliau terus berusaha mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan yang lain. ketika permintaanmu bukan lg sekadar meminta permainan baru dan ia tau ia tidak boleh memberikan. Dia sangat ingin mengatakan "iya nak, nanti kita beli" dan saat kata2 yg keluar adalah "tak boleh" dari bibirnya. Tahukah kamu dia merasa gagal membuat anaknya tersenyum.

saat kamu sakit dan tidak berada di dekat dengannya. ayah terlalu risau sampai kadang kadang sedikit membentak berkata "sudah diberitahu jangan minum air sejuk!". berbeza dengan mama yg memperhatikanmu dgn lembut. ketahuilah saat itu dia benar benar risau tentang keadaanmu.

dan di saatnya nanti kamu berjaya sebagai seorang sarjana. ayah adalah org pertama yg berdiri dan memberi tepukan tangan untuk mu. Dia yg tersenyum bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yg tidak manja boleh membesar dengan dewasa dan telah menjadi seseorang yang berjaya."

sampai saat seorang teman hidupmu datang dan meminta izin mengambilmu darinya. ayah akan sangat berhati2 memberikan keizinan kerana dia tahu lelaki itu yang nanti akan menggantikannya dan saat ayah melihat mu duduk di majlis pernikahanmu bersama seseorang yang dianggap boleh menggantikannya. ayah pergi ke belakang dan menangis "tugasku telah selesai dengan baik. puteri kecilku yg lucu telah menjadi wanita yg cantik!"

ayah hanya bisa menunggu kedatanganmu dan cucu2nya sesekali utk menjenguknya. Dgn rambut yg telah memutih dan badan yg tak lagi kuat utk menjagamu dari bahaya. ayah adalah seorang yg harus selalu kelihatan kuat walaupun ketika itu dia tidak kuat untuk tidak menangis. Harus kelihatan tegas walaupun pada saat itu dia ingin memanjakanmu. ayah juga orang pertama yg selalu yakin bahawa "kamu mampu" dalam segala hal. dia akan sentiasa tersenyum dan ketahuilah bahawa kamu harus bersyukur ketika kamu boleh merasakan kasih syg seorang ayah hingga tugasnya selesai. ingatlah kamu adalah salah satu orang yg beruntung kerana tidak semua orang yang dilahirkan mendapat kasih sayang atau melihat ayah mereka sewaktu mereka mula mahu mengenal dunia. 

ingatlah kepada bapa yang telah membanting tulang untuk menyediakan segala keperluan kita, agar kita juga bersekolah seperti yang lain, agar kita dapat melanjutkan pengajian ke tahap yang lagi tinggi dan supaya akan datang kita mempunyai masa depan yang cerah. bersyukur kerana kita masih mampu melihatnya berbanding mereka yang tidak mendapat kasih sayang seorang bapa. hargai mereka sementara kita mempunyai masa bersama. huhu. marilah kita panjatkan doa agar kepada yang masih hidup agar mereka dirahmati allah, sentiasa sihat dan agar dipermudahkan segala urusan mereka. kepada yang telah pergi, doakanlah agar mereka diredhai dan digolongkan dikalangan orang orang yang beriman. amin! 
dear bapak, 
yeah i know we (along, angah, alia and aush) always on the phone with mak, we tell her everything but we tell you nothing and we know you probably terasa sometimes but the truth is there's a lot of things that we don't tell you but that doesn't mean that we don't love or wanted to hurt you it just could be easier not just to tell you so you won't worry to much. it always been more easier to be honest with mak dari bapak sebab kitorang tau bapak abit tegas and if we are arguing with you kitorang memang tak kan menang and end up sakit hati. HUHU! but one thing you should know that kitorang sangat berterima kasih kerana mendidik kami dengan tegas so that we all know what we shouldn't and what should do in our life. tysm! we really love you so much cuma kami tak tunjuk je ;) HUHU!

end.

2 comments: